Followers

June 20, 2011

sup tulang

BAHAN A
2kg tulang
daging tetel dalam sekilo

BAHAN B
bawang besar 4 biji...(utk 1kg daging estimate 2 biji bwg besar,klu bwgnya x brp nk besar jadikan 3 bijik)
2 labu bwg putih (selabu utk sekilo)
3 inci halia
1 rempah sup bunjut adabi

BAHAN C
rempah beriyani (prefer rempah beriyani haji sernan,klu x da rempah beriyani faiza pun x pe)

minyak masak secukupnya
air secukupnya
garam
ajinomoto (jika perlu)

CARA-CARA
  1. basuh bahan A,asingkan
  2. Bahan B campurkan semua dan blender sehingga halus.
  3. gaulkan bahan B dgn rempah beriyani
  4. dalam satu periuk,panaskan minyak...tumiskan bahan yang telah digaulkan tadi sehingga naik minyak..
  5. pastu masukkan tulang dan daging tetel,juga air...simmer...(masak dgn api perlahan dalam 3 jam...tp klu masak dlm pressure cooker cpt je dah siap kan)
  6. pastu baru perasakan dgn garam n ajinomoto...dlm AFC ntah chef yg mane ckp garam menyebabkan daging lmbt empuk...
  7. hidangkan dgn bawang goreng dan daun sup....

***note***klu nak jadikan sup ni mcm sup mamak...boleh jugak,bahan B yang di blend tu campurkan dgn kunyit idup dalam 3/4 inci....

No comments: