Followers

June 27, 2011

puding pelangi


resepi ni saya amik dari kat bwh ni...copy cat....sori tuan tanah,malas nk type....

Puding Pelangi
Resepi:Alma@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 10g serbuk agar2
  • 650ml air
  • 200gm gula pasir(kalau nk kurang manis wat dlm 180gm)
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko (x buh,gune kaler coklat,buh mocha emulco)
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh) (saya blasah sume kaler yg ade)
Cara-cara:
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang/apa2 bekas puding sedikit (contoh bekas square 7x7in) Biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dengan apa2 untuk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.
oh ye...since saya nk byk dia pya puding (ayat apekah ini) saya triplekan bahan2 nye.....

No comments: