Followers

June 19, 2011

apam kiwi bliss

okeh..ni sebnrnya kan apam disaster...ni adalah copy apam yogurt,memula confident nak buat sbb bhn dah ade...sekali dah prepare tepung sgl bagai...tetibe alamak yogurt plain dah expired...

actually resepi asalnya drp sini...

jadik dok suh adik belikan yogurt plain...18x telefon cnfrmkan yg mane...tetibe dia balik alamak bawak air yogurt kiwi bliss dutch lady tu...belasah je la...

pergh tp hati risau siut,kot bantat x ke rugi adunan aku...

but it turn up...smile beautifully...ha,lps ni nak wat flavor stoberi,blackcurrent,tropical...sume2 yg ade la flvor yogurt drink tu...huhuh





  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 sdt ovallete
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air yogurt bliss flavor kiwi (leh adapt ape2 flavor pun sbnrnya)
  • 2 biji telur
  • 1/2 sdt double action baking powder
  • kiwi filling (also ikut flavor drinking)
  • pewarna hijau (saya gune hijau sbb ikut dia pya flavor)

Cara-cara :
  • Campur semua bahan di atas dalam mixer.
  • Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
  • Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
  • Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan hijau atasnya.
  • Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
  • Sejukkan &; simpan dalam bekas tertutup..

No comments: